Penggunaan APD dalam P&P (Pra, Semasa dan Pasca)
Alat pandang dengar merupakan audio dan video memainkan peranan yang sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Audio dan video yang sesuai dan relevan akan dapat mencungkil minat murid-murid dan seterusnya meningkatkan prestasi mereka. Pendengaran merupakan salah satu saluran untuk menerima maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Rakaman audio yang diperdengarkan mampu memberi gambaran kepada pelajar tentang sesuatu situasi atau informasi melalui penganalisisan terhadap apa yang dituturkan atau melalui kesan bunyi maupun melalui muzik latar yang terdapat pada rakaman tersebut.Penggunaan bahan video dalam pengajaran dan pembelajaran harus dirancang dengan teliti agar mencapai hasil yang optima.
Berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diambil kira untuk tujuan penggunaan bahan video dalam pengajaran.
PRA
1. Persediaan Guru.
Persediaan guru
amat penting dalam melaksanakan pengajaran berbentuk bahan audio. Beberapa
perkara yang perlu diambil kira dalam menggubal suatu rancangan pelajaran
menggunakan sumber audio. Di antaranya termasuklah:
•Tajuk yang akan diperkenalkan
oleh guru.
•Aktiviti yang akan dilakukan.
•Soalan yang akan ditanyakan
semasa dan selepas penggunaan sumber.
•Bagaimana mengaitkan sumber itu
dengan pengalaman pelajar yang sedia ada supaya dapat menghasilkan persekitaran pembelajaran yang bermakna dan
berkesan
•Selain daripada itu, guru perlu
mengetahui secara khusus apa yanghendak diajar dan objektif perlu dibina
merangkumi keseluruhan isikandungan pelajaran.
Sebelum sesuatu rakaman bermula, guru hendaklah membaca semuanota yang telah disediakan terlebih dahulu untuk sesuatu rakaman dan menyediakan bahan-bahan yang akan digunakan dalam sesi pengajaran. Bagi mengenalpasti kelemahan, guru hendaklah mendengar rakaman itu terlebih dahulu serta mencatatkan nota-nota dan maklumat-maklumat dari pita yang telah dirakamkan.
Dalam pada itu,
guru juga harus mengenalpasti cara-cara bagi menimbulkan minat murid dan
perkara-perkara yang hendak dibincangkan pada pertengahan dan akhir sesi
perbincangan.Penjelasan harus diberikan kepada murid jika rakaman itu didapati sukar
difahami murid, sebelum atau selepas mendengar rakaman.
2. Persediaan Murid
Memandangkan sifat pelajar adalah berbeza-beza di antara satu sama lain maka adalah perlu bagi guru untuk mengkaji terlebih dahulu sifat atau ciri pelajar seperti umur dan tahap pendidikan,sikap dan pengetahuan terhadap subjek dan perbezaan individu dalam kumpulan. Penyertaan dan penglibatan pelajar dipengaruhi oleh beberapa faktor dan ini akan membawa kesan ke atas pengajaran guru. Dengan itu, pemilihan rangkaian ayat, idea dan soalan serta muzik di dalam penghasilan bahan audio, mestilah merujuk kepada kumpulan sasaran pendengar yang setara dengan darjah kesukaran isi bahan audio tersebut.
Selain daripada itu, reka bentuk bahan audio harus mengambil kira tajuk dan aktiviti yang bersesuaian dengan minat dan keupayaan pelajar. Perancangan bagi seseorang guru dalam menyediakan bahan pengajaran berbentuk audio harus merangkumi isi kandungan, kaedah persembahan fakta-fakta dan isi kandungan. Selain daripada itu, persekitaran pembelajaran yang berkesan perlu disediaka nkepada murid-murid bagi menarik minat mereka semasa mendengar rakaman. Murid-murid perlu dilibatkan dengan komen-komen atau soalan-soalan yang menarik perhatian berhubung dengan topik rakaman.
Semasa proses pengajaran, murid-murid hendaklah diberi masa yang sesuai untuk mendengar rakaman. Suasana persekitaran haruslah senyap dan murid-murid perlu menumpukan perhatian dan mengamati dengan teliti perbincangan yang dimainkan dalam rakaman. Selain itu, murid perlu mengaitkan rancangan audio itu dengan perkara-perkara, soalan-soalan atau tugasan yang telah dibincangkan. Pelajar juga perlu mencatatkan isi-isi yang penting atau peristiwa yang diperdengarkan semasa audio dimainkan.
PASCA
Setelah mendengar rakaman, satu perbincangan tentang rakaman tersebut haruslah diadakan. Beberapa soalan perlu dikemukakan dalam membimbing murid menguasai isi pelajaran yang ingin disampaikan. Sebagai contoh, guru perlu bertanya kepada murid samada bersetuju dengan pendapat-pendapat yang dikemukakan dalam rakaman. Perbincangan hendaklah dijalankan bersama selepas mendengar rakaman. Di dalam sesi penilaian, penilaian boleh dijalankan melalui kebolehan dijalankan melalui kebolehan dan prestasi pelajar. Soalan-soalan penilaian boleh terdiri daripada pelbagai bentuk seperti mengisi tempat kosong, struktur atau huraian pendek.
No comments:
Post a Comment