MEDIA PENGAJARAN
1. Definisi
Kata media merupakan
bentuk jamak dari kata medium. Medium dapat didefinisikan sebagai perantara
atau pengantar terjadinya komunikasi dari pengirim menuju penerima (Heinich
et.al., 2002; Ibrahim, 1997; Ibrahim et.al., 2001). Media merupakan salah satu
komponen komunikasi, yaitu sebagai pembawa pesan dari komunikator menuju
komunikan (Criticos, 1996).
Media pengajaran adalah
segala sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim
kepada penerima sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta
perhatian pelajar dan seterusnya terjadi proses pembelajaran. Dari sudut
penggunaan media pengajaran, Ngui Kuan Sang (1989), berpandangan bahawa ia
adalah satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran
seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman,
persediaan dan perasaan. Hal ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang
total.
Bidang teknologi pengajaran tercetus daripada pergerakan audio
visual yang kemudiannya dikenali sebagai media pengajaran. Oleh itu, bolehlah
dikatakan media pengajaran menjadi pengasas kepada penubuhan bidang teknologi
pendidikan.
Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal
daripada perkataan Latin yang bermaksud perantara. Ia merujuk kepada apa sahaja
yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima. Contoh media
termasuklah filem, tv, radio, rakaman audio, gambar foto, bahan bercetak,
komputer dan pengajar. Media pengajaran adalah segala sesuatu yang dapat
digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga
dapat meransang fikiran, perasaan, perhatian, minat serta perhatian pelajar dan
seterusnya terjadi proses pembelajaran.
Konsep media menurut Torkelson (1972)
1. Saluran mesej - peralatan fizikal
sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej
dipersembahkan kepada pelajar seperti tv, projektor, filem, projektor LCD dan
sebagainya.
2. Bentuk mesej - bagaimana mesej
disimpan terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan
sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk
perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.
3. Mesej - Isi kandungan, apa
saja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan
semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.
3. Fungsi dan Kelebihan Media Pengajaran
Memperjelaskan
penyampaian mesej adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau
simbol yang lebih konkrit maknanya. Dengan media, segala simbol, verbal yang
abstrak dapat dijelaskan. Dalam era teknologi komputer pula, penjelasan lebih
berkesan dan menarik seperti penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat
dilakukan.
Mengatasi batasan ruang, waktu, dan
pancaindera,
contohnya:
·
objek yang terlalu besar atau kecil boleh diganti dengan model,
gambar, transparensi, filem atau video
·
gerak yang terlalu lambat atau cepat dapat dibantu dengan
timelapse atau high-speed photography
·
kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam
bentuk filem, gambar foto mahupun lisan
·
objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan
dalam bentuk model, gambar rajah dan lain-lain
·
konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan
Penggunaan media
pengajaran secara betul dan bervariasi akan dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia boleh
menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang
realiti. Pelajar boleh belajar kendiri mengikut kemampuan dan keselesaan
masing-masing.
Pengalaman dan
persepsi yang sama. Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan bagi setiap
pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran
yang berbeza membuat guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan
media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan dan pengalaman
dan persepsi yang sama. Misalnya perisian sebuah kursus boleh digunakan
berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan kandungan asal. Belajar secara
berulang kali membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang
sesuatu konsep atau prinsip.
5. Kepentingan media dalam pengajaran dan pembelajaran
- Pengajaran lebih
terancang
- Melibatkan pelbagai
deria
- Memperkayakan pengalaman
- Perluasan batasan
komunikasi
- Pembelajaran individu
- Keseronokan
belajar/motivasi
- Sumber maklumat
- Menolong membentuk
gambaran yang betul dalam fikiran murid.
- Menguat dan mengekalkan
daya ingatan
- Menghubungkan yang
abstrak kepada konkrit
- Memberikan gambaran dan
peristiwa di luar bilik darjah ke dalam bilik darjah
- Menjimatkan masa
- Membantu murid membentuk
konsep dengan lebih mudah serta jelas
- Mempelbagaikan aktiviti
pengajaran pembelajaran
Tujuan Penggunaan Media Pengajaran sangat diperlukan dalam kaitannya
dengan peningkatan mutu pendidikan khususnya dalam pembelajaran membaca puisi.
Menurut Achsin (1986:17-18) menyatakan bahwa tujuan penggunaan media pengajaran
adalah
(1) Agar proses belajar
mengajar yang sedang berlangsung dapat berjalan dengan tepat guna dan berdaya
guna,
(2) Untuk mempermudah bagi
guru/pendidik daiam menyampaikan informasi materi kepada anak didik,
(3) Untuk mempermudah bagi
anak didik dalam menyerap atau menerima serta memahami materi yang telah
disampaikan oleh guru/pendidik,
(4) Untuk dapat mendorong
keinginan anak didik untuk mengetahui lebih banyak dan mendalam tentang materi
atau pesan yang disampaikan oleh guru/ pendidik,
(5) Untuk menghindarkan
salah pengertian atau salah paham antara anak didik yang satu dengan yang lain
terhadap materi atau pesan yang disampaikan oleh guru/pendidik.
Sedangkan Sudjana, dkk.
(2002:2) menyatakan tentang tujuan pemanfaatan media adalah :
(1) Pengajaran akan lebih
menarik perhatian siswa sehingga dapat menimbulkan motivasi,
(2) Bahan pelajaran akan
lebih jelas maknanya sehingga dapat lebih dipahami,
(3) Metode mengajar akan
lebih bervariasi, dan
(4) Siswa akan lebih
banyak melakukan kegiatan belajar.
Jadi dapat disimpulkan
bahwa tujuan penggunaan media adalah
(1) Efektivitas dan
efisiensi dalam kegiatan belajar mengajar,
(2) Meningkatkan motivasi
belajar siswa,
(3) Variasi metode
pembelajaran, dan
(4) Peningkatan aktivasi
siswa dalam kegiatan belajar mengajar
No comments:
Post a Comment